BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Thursday, November 18, 2010

ALASAN UNTUK BERSARAPAN

a.     Sarapan adalah makanan otak
Prestasi mental seseorang semakin meningkat dengan bersarapan. Sajian ringan mempunyai kesan positif kepada tumpuan dan membantu mewujudkan sikap positif kepada pembelajaran, pekerjaan dan aktiviti lain.
Sarapan, khususnya yang berasakan karbohidrat, meningkatkan paras glukosa otak dan mikronutrien seperti vitamin B yang biasa ditambahkan kepada bijirin sarapan, mempunyai kesan positif kepada fungsi otak.

b.     Bersarapan buat diri lebih kurus
Kajian yang dilakukan oleh Pusat Maklumat Makanan Asia (AFIC) di rantau Asia mendapati, kanak-kanak berusia 10-12 tahun yang bersarapan secara tetap kurang mengalami masalah berat badan beelebihan atau obes.
Penemuan ini disokong oleh beberapa kajian lain yang mendapati ada hubungan langsung antara sarapan dan pengurusan berat badan. Satu kajian di Amerika yang diterbitkan dalam Journal of Obesity Research pada 2002 melaporkan, 80% daripada lebih 3000 orang sukarelawan kajian berjaya mengurangkan berat badan sihat selepas bersarapan secara tetap.

c.     Manfaat sarapan
Kajian mendapati, kanak-kanak dan orang dewasa yang bersarapan mempunyai kadar pengambilan vitamin dan zat galian-temasuk zat besi, kalsium, magnesium, zink, vitamin-vitamin B, vitamin A dan D yang lebih tinggi.

p/s; yang pasti aku sendiri pun jarang2 gak breakfast ni..heheheh...

0 comments: