BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Thursday, November 18, 2010

CINTA JEHANNA

 
JOHOR BHARU 7 JANUARI 2007, MAYAT SEORANG WANITA DIJUMPAI TERBARING DI RUMAH SEWANYA SEMALAM. KEMATIANNYA BERPUNCA DARI TIKAMAN PISAU DI BAHAGIAN PERUT. POLIS MASIH MENCARI SUSPEK YANG TERLIBAT. ADA BEBERAPA KECEDERAAN DI BAHAGIAN TUBUH MANGSA. MANGSA DIPERCAYAI BERGELUT SEBELUM DIBUNUH. MOTIF PEMBUNUHAN ADALAH BALAS DENDAM KERANA TIADA BARANG BERHARGA MILIK MANGSA YANG HILANG.

Jehanna seorang gadis yang periang, lincah dan baik hati. Anak sulung dari empat beradik, dua lelaki dan dua perempuan. Dia juga menjadi contoh dalam keluarga, bertanggungjawab dan seorang yang berkepimpinan. Sifat-sifat positif itu terserlah dalam peribadi dirinya.

Jehanna punya teman lelaki yang sama-sama menuntut di university. Haikal namanya. Orangnya sederhana tinggi dan tidak terlalu kurus. Mukanya agak bujur dan berambut pendek. Dia lebih muda dua tahun dari Jehanna. Jehanna berusia 26 tahun manakala Haikal pula 24 tahun. Dari segi perwatakan, Haikal seorang kemas dan berdedikasi, mungkin itu yang menarik perhatian Jehanna. Tapi sudah lama mengenali Haikal, Jehanna yang perlu bertolak ansur.

“ Kenapa lambat sangat bersiap. Kau ingat aku tak payah kerja menunggu kau saja!” Haikal menengking. Jehanna hanya diam. Dia menuruti langkah Haikal.

“ Kenapa abang marah sangat? Kalau ada masalah kita berbicang.”

“ Aku banyak kerja. Di hotel lagi, balik asrama aku perlu mengulangkaji, bukan macam kau, hanya perlu mengadap buku,” Haikal memuntahkan laharnya.

“ Abang, Jehan rasa kita perlu berbincang untuk tenangkan ketidakselesaan dalam diri Jehan dan dalam diri abang. Kenapa abang selalu marah sejak akhir-akhir ini?” Jehanna inginkan kepastian. Haikal mendengus.

“ Abang tak rasa apa-apa yang berubah, abang seperti dulu. Cuma Jehan yang rasa abang lain, sebab Jehan terlalu sibuk dengan kuliah dan abang sibuk dengan kerja, mana nak usaikan pengajian, semuanya menuntut wang yang banyak,” Haikal cuba berlembut.

“ Ya?” Sinis jawapan Jehanna.

“ Kalau abang rasa terbeban dengan semua itu sekalipun, kenapa abang lepaskan geram pada Jehan atau Jehan sudah hilang serinya?” Duga Jehanna. Haikal diam merenung Jehanna tajam.

“ Jehan nak tuduh abang ada perempuan lain?” Air muka Haikal tegang. Jehanna menggeleng.

“ Atau Jehan dah jemu dengan abang? Jehan ada lelaki lain?” Haikal memandang Jehanna.
Jehanna membetulkan duduknya. Perhentian bas yang menjadi medan mereka bertegang urat makin panas dan terasa bahang walaupun berbumbung. Jehanna masih diam. Dia membiarkan Haikal tertanya-tanya.

“ Abang tanya Jehan!” Haikal meninggikan suaranya. Terhenjut bahu Jehanna dengan sergahan Haikal. Air mukanya terkejut.

“ Abang tak pernah tengking Jehan begini,” Jehanna terkilan.

“ Aku geram tengok kau, aku tanya kau diam. Kau tu manja sangat!” Haikal meninggikan nada suara.

“ Abang nak Jehan patuh dengan kata-kata abang, tapi abang tak pernah nak jaga hati Jehan! Kenapa? Abang kejam!” Jerit Jehanna.

Haikal terdorong ke belakang tatkala Jehanna menolak dada Haikal. Haikal cuba memegang tangan Jehanna. Jehanna tidak mahu mengalah. Haikal hilang sabar lalu tangannya hinggap ke pipi gebu Jehanna. Warna kemerah-merahan menyerlah di pipi putih susu  Jehanna. Dia memegang pipinya yang perit. Air mata yang pada mulanya enggan terjun dari kelopak mata mula merembes keluar. Kerongkongnya teras sendat, dadanya bergelombang besar, dengan hati yang sebal dan langkah yang longlai dia berlalu pergi.

Makin lama Jehanna bersabar, makin menjadi perangai Haikal. Jehanna masih lagi mengambil berat tentang kehidupan Haikal. Haikal tak pernah faham hati Jehanna.



Sejak semester terakhir, Jehanna selalu pulang ke kampung. Kisah Haikal dibawa bersama. Itu pun Haikal marah-marah bila Jehanna beritahu mahu pulang menjenguk mama dan abah dia kampung. Katanya, “ Mama dan abah awak sihat. Bukan sakit tak boleh bangun. Lagipun adik-adik awak yang lain ada!” 

Jehanna mempertahankan hak, “ Memang mereka tak sakit, tapi dah lama saya tak jenguk mereka. Masa cuti kali ini, saya nak melepaskan rindu pada ahli keluarga saya. Cuti yang lepas saya dah bersama awak. Fahamilah saya untuk kali ini.” Haikal hanya meninggalkan Jehanna terpinga-pinga. Keputusan di tangan Jehanna, dia pulang ke kampung. Jehanna selesa berada di kampung, dia melupakan Haikal seketika. Cerita-cerita Haikal bergema di telinga Johanna.

“ Kak Jehan, tinggalkan saja Haikal tu! Biar dia tahu kak Jehan punya maruah,” Johanna memandang Jehanna.

 “ Tak boleh. Akak sayangkan Haikal. Terlalu sayangkan dia!” Jehanna bernada seketika.

“ Cinta Jehanna untuk Haikal ikhlas tapi cinta Haikal bukan untuk Jehanna!” Johanna cuba menepis kata-kata Jehanna.

“ Haikal marah-marah sebab penat bekerja dan belajar. Lagipun sekarang semester terakhir,” Jehanna membela teman lelakinya.

“ Kalau tertekan untuk buat dua kerja pada satu masa, kenapa pada kak Jehan, Haikal lepaskan tekanannya?” Johanna cuba menyelesaikan kekalutan fikiran Jehanna.

“ Haikal orang susah Anna, tak macam kita. Semua keperluan mama dan abah yang tanggung, kita hanya perlu belajar dalam keadaan yang selesa. Haikal kena cari sendiri wang saku untuk tampung kehidupannya di kolej Anna,” lembut nada suara Jehanna menjengah gegendang telinga Johanna. Johanna diam.
Jehanna meminta mama memasakkannya masakan kegemaran mereka sekeluarga. Mama akur, dia tahu Jehanna rindu untuk makan bersama mereka. Lahap sekali Jehanna makan dan sesekali ditegur ayahnya supaya bersopan sebagai seorang anak gadis.

“ Mama memang pandai masak, Jehan pun nak belajar masak dari mama. Nak tambat hati suami bila dah kahwin nanti,” jelas Jehanna seraya mengemas pinggan di meja makan.  Mama tersenyum mendengar kata-kata Jehanna.



Dia perlu bersemuka dengan Haikal. Kesempatan yang ada terlalu singkat. Jehanna perlu ke Melaka untuk menyertai pertandingan silat gayung dan kemudiannya terpaksa balik ke kolej untuk menghadiri taklimat tahun akhir. Hadiah yang dibeli Jehanna dikirim kepada Johanna yang kebetulan mengikuti sekolah ke pertandingan yang sama. Jehanna tidak sempat untuk pulang bersama Johanna.

“ Kirim salam mama dan abah, kalau ada kesempatan kak Jehan pulang. Katakan pada mama dan abah serta adik-adik, kak Jehan rindu mereka selalu,” kucupan mesra dan pelukan erat Jehanna membuatkan Johanna tergamam.

“ Kak Jehan baik-baik saja kan?” Johanna kekok dengan perilaku Jehanna sebentar tadi. Walaupun dia membalas kucupan dan pelukan kakaknya tapi dalam hati masih tertanya-tanya dengan sikap pelik Jehanna.

Jehanna mengangguk lantas memandang Johanna dalam senyuman yang panjang. Sewaktu ingin berpisah, Jehanna masih lagi memegang erat tangan saudara sedarahnya seolah tidak ingin berpisah dan ada sesuatu yang ingin diperkatakan. Air mata Jehanna merembes keluar memandang Johanna menaiki bas untuk pulang.

Jehanna nekad untuk bersemuka Haikal. Suasana gerai tepi jalan cukup tenang. Berjajar gerai yang dibina untuk memenuhi selera para pelanggan tidak kira bangsa untuk menikmati hidangan tidak kira waktu.

“ Abang, Jehan rasa cukup setakat ini hubungan kita,” tenang butir bicara Jehanna.

“ Kenapa? Kau dah ada lelaki lain?” teh panas yang dipesan tadi telahpun suam. Perlahan-lahan diteguk Haikal.

“ Bukan. Tapi sikap abang yang buat Jehan terseksa. Jehan tak tahan, abang selalu marah-marah, tengking Jehan ikut suka abang. Jehan masih sabar, tapi bila tangan abang sentuh muka Jehan tempoh hari, Jehan rasa abang buat Jehan macam sampah!” jari Jehanna bermain-main di bibir gelas nescafe ais yang tidak luak dari tadi.
Haikal hanya diam. “ Itu saja salah aku?” Haikal bernada sekata.

“ Katakan saja ada jantan lain yang menunggu kau!” kali ini tangan Jehanna dicengkam sekuat hatinya. Jehanna cuba melepaskan diri.

“ Abang banyak berubah. Haikal yang Jehan kenal dulu dah hilang. Sekarang depan Jehan Haikal yang baru, Haikal yang telah banyak berubah. Haikal yang selalu panas baran tanpa sebab dan tak semena-mena menjadi seorang yang bengis,” Jehanna berani melawan renungan Haikal yang tajam.

“ Kalau itu yang jadi keresahan Jehan, abang minta maaf. Tolong jangan tinggalkan abang. Abang janji akan berubah jadi seperti dulu. Abang janji!” Haikal mengangkat tangan bersumpah.

“ Jehan tak percayakan janji abang lagi!” Jehanna tegas dengan keputusannya. Kali ini dia yang meninggalkan Haikal yang agak kebingungan.

Haikal hanya terkebil-kebil memandang susuk tubuh Jehanna berlalu pergi. Dia menggenggam mulut gelas yang masih tersisa air agak erat. Di matanya ada kebencian dan dadanya berombak keresahan.



Setelah peristiwa itu, Jehanna menghadapi hari-hari di universiti dengan tenang. Sesekali dia bertembung dengan Haikal, Jehanna bersikap bersahaja, walaupun hatinya berasa gusar dan resah. Tiap kali bersabung mata, pasti renungan tajam dari anak mata Haikal menikam sanubari Jehanna. Seolah-olah beramaran dalam diam.

Jehanna berjalan pulang dari universitinya ke rumah sewa. Dia mempercepatkan langkahnya untuk sampai ke kawasan rumah sewanya. Serasa ada seseorang yang mengekorinya dari belakang, Jehanna menghentikan langkah kemudian menoleh. Tiada siapa hanya pejalan kaki yang selalu lalu di situ. Jehanna berjalan selaju mungkin.

Sesudah sampai di rumah dia terduduk di sofa. Dadanya turun naik, seolah-olah Jehanna dikejar anjing gila. Mukanya disimbah peluh, mengalir ke wajahnya yang putih bersih. Dia cuba bertenang. Namun bayang-bayang ketakutan makin menghampiri.

Kali ini dia memandang ke arah dapur, bayang-bayang hitam itu makin lama makin menghampiri. Jelas susuk tubuh orang yang dicintainya dua tahun lalu. Mukanya bengis, tangannya menggenggam sebilah pisau tajam.
Jehanna ingin lari tapi tubuhnya di tolak kasar ke dinding. Beberapa kali dia ditampar. Tamparan yang kuat membuatkan Jehanna lemah untuk melawan. Dia disepak bertubi-tubi bagaikan kerasukan iblis lelaki itu memijak-mijak perut Jehanna tanpa belas kasihan.

Jehanna hanya mampu menangis menahan sakit tanpa mengeluarkan bicara. Dengan hati dan jiwa yang bersifat kebinatangan lebih dasyat dari binatang lalu dibenamnya pisau ke perut Jehanna, dua kali tikaman membuatkan Jehanna terkulai layu. Darah memenuhi ruang tamu, pisau yang dipegang pemuda itu telah berlumuran darah kemudian dicampaknya pisau ke tepi. Pemuda itu mengusap wajah Jehanna penuh penyesalan. Sempat dia 
memeluk dan mencium insan yang pernah menyayanginya suatu ketika dahulu.

“ Abang terlalu sayangkan Jehan, abang takut Jehan ada lelaki lain. Ini jalan yang terbaik. Kalau abang tidak dapat memiliki Jehan, orang lain pun tak boleh sentuh Jehan!” kata-katanya bercampur tangis. Dia lari ke pintu mengambil pisau yang dicampakkannya tadi kemudian menyusup keluar dari rumah yang menjadi sejarah hitam buatnya dan insan yang tersayang. Dia membiarkan Jehanna sendirian.



Johanna masih menggenggam akhbar di tangannya. Bahagian atas akhbar itu hampir lunyai di genggaman. Dia melihat mama dan abah tersedu-sedan menahan tangis. Berita dari pihak polis yang diterima Johanna dan keluarga mengejutkan mereka. Jehanna dibunuh di rumah sewanya. Mama pengsan, abah terduduk di sofa. Johanna longlai tubuhnya mendengar berita berdarah itu. Dua adiknya sudah menangis.

Perjalanan dari rumah untuk ke hospital terlalu lama bagi Johanna sekeluarga. Mereka merasakan kereta yang dinaiki tidak bergerak., walhal mereka berada di tengah-tengah jalan raya. Setelah melihat jenazah Jehanna sekali lagi tangisan bergema di ruang legar hospital.

Kereta peronda polis berhenti di hadapan mereka. Johanna melihat abah menyambut salam salah seorang anggota polis. Dari jauh juga Johanna melihat seseorang yang dikenalinya walaupun tidak rapat bergari tangan. Haikal! Hanya itu yang mampu dinyatakan dalam hati. Kemudian kereta peronda itu berlalu. Johanna menangis 
semahu-mahunya.

“ Kak Jehan, kau jangan sedih, kematian kau pasti akan dibela. Kak Jehan, cinta membuatkan kau rasa kejamnya manusia,” Johanna menutup surah Yasin dan menyiramkan air di kubur Jehanna.

“ Johanna, Kak Jehan pergi itu tandanya Allah sayangkan dia. Abah redha, Jehanna anak yang dibanggakan,” Abah mencium dahi Johanna.

Cinta Jehanna cinta yang memakan diri. Bisik Johanna.

0 comments: