BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Sunday, February 19, 2012

FiRsT ExpERienCE

Sayunya rasa hatiku. Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata2. Fuh ..jiwangnya ayat aku. Tapi memang inilah perasaan aku sekarang. Nak tahu sebab ape? Cuti hujung2 minggu ni, kelas aku ada la join aktiviti anjuran jabatan mana entah bawah politeknik gak la. Aktivitinya adalah lawatan ke Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta (rumah orang2 tua). Tempat tu dalam kawasan Hospital Bahagia. Tahu tak Hospital Bahagia tu tempat pe? Maybe sesetengah orang tak tahu kot. Tapi kalau cakap Tanjung Rambutan confirm tahu punya kan? Cuak gak la bila dengar aktiviti nak pergi tempat tu, coz tak tahu macam mana perangai aunt dengan uncle dekat situ.

Matlamat kami sebenarnya ke situ untuk merapatkan hubungan antara pelajar dengan warga emas. Ish..skemanya ayat. Hehehe… Lebih tepat lagi, tujuan kami tu lebih kepada menjadi sukarelawan la nak tolong orang2 tua membersihkan diri. Biasalah kalau dah meningkat tua ni, diorang dah tak pandai nak uruskan diri, dah jadi macam budak2. Kami pun ada la yang tolong gunting rambut, potong kuku and macam2 lagi la tolong2. Penat juga jaga orang tua ni. Macam-macam perangai jumpa. Kalau yang jenis ikut cakap tu memang ok la. Kalau yang tak, memang pening gak la. Tapi kalau dah selalu buat, tak de masalah punya.

Lepas abis sesi kebersihan tu, so ramai2 la berkumpul kat dewan. Sebenarnya aktiviti ni pun dijalankan seiring nak sambut Tahun Baru Cina. Dah lama pun berlalu baru nak sambut. Tapi tak pe la, suasana perayaan tetap terasa but not for me la.. I’m not Chinese k.. Hahaha.. Berbalik kepada dewan tadi, kami ini sebagai wakil dari poli ada la sedikit persembahan ditujukan khas buat mak cik dan pak cik dekat situ. So, tunggu pe lagi sampai turn kami buat persembahan, kita enjoy!! Bab kata Puteri Farah Binti Nordin (sitkom Puteri dekat tv3 dulu). Happy sungguh tengok datuk nenek kat situ. Ish..macam2 aku panggil diorang tu ye. Diorang pun nyanyi sama2 dengan kami.

Tamat sudah majlis tu, tugas kami pula kena hidangkan makanan tengah hari untuk ‘penduduk’ kat situ. Ceria je tengok diorang makan beramai-ramai. Lepas abis bagi makanan tu, turn kami pula beratur nak makan nasi pulak. Sedap gak nasi ayam. Nampak je simple tapi memang terbaik la. Lepas dah settle jamah makan tengahari, sampai la masa nak agihkan barang2 sikit termasuk angpau pada pak cik dan mak cik kat situ. Suka sungguh diorang tu bila dapat barang. Memang dah kembali kepada zaman kanak2 pun. 

3 comments:

FeedUp said...

mmg la...bkn selalu orang bagi barang...anak2 pon jarang p jumpa..harap2 x jadi la kat kita

-bidadari hidupku- said...

InsyaAllah..klau buat baik kt anak, anak pn akn balas baik gak

FeedUp said...

betul tu...kalau buat baik kat mak ayah nnt anak2 pon akan buat perkara yang sama...
hukum karma...