Aku
ni salah seorang peminat novel gak kalau hampa semua nak tau. Tapi kalau yang
dah tau x pe. Banyak dah novel aku layan so kalau dengar ada nak buat drama
adaptasi novel memang aku akan excited..hehe.. Setakat drama yang aku layan
daripada novel ni x semua ikut sebijik2 macam dalam novel. Kadang2 novel yang
best terus jadi x best lepas buat drama. Antaranya Bicara Hati memang aku x
puas hati langsung drama dia padahal novel memang sweet sangat.
Drama
yang tengah hot sekarang dekat Astro Mustika cerita Adam Hawa. Novel ni aku
baca memang x boring langsung even dah setahun aku baca novel ni tapi still
ingat lagi gak jalan cerita dia. Drama dia pun boleh tahan setakat aku tengok
sekarang. Yang bestnya ikut sebijik macam dalam novel walaupun ada la ubah
sikit je tapi x lari daripada cerita asal. Pelakon watak Adam Mukhriz hero dia
Aaron Aziz yang heroin pulak Nadiya Nissa pegang watak Ain Hawani. Bagi yang x
pernah dengar pasal novel ni, aku nak tulis sikit sinopsis daripada novel ni
la..
Ain
Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap
perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat.
Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar
apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan
tanpa rela.
Sayangnya,
hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang
kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung
hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah
berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu
salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan
Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang
didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka
sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati
Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan
hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta?
Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin
disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun
lapan tahun lagi...
Dah
baca sinopsis?? Mesti rasa nak tau apa yang akan jadi pada kesudahnnya. Kita tunggu
ja drama Adam Hawa tamat sampai episod 80. Kalau rasa tak nak tunggu lama sangat,
beli je novel dia terus. Bila x puas lagi boleh baca banyak kali..hihihi..