BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Sunday, September 16, 2012

DR@M@ aDAM h@Wa terBaIk


Aku ni salah seorang peminat novel gak kalau hampa semua nak tau. Tapi kalau yang dah tau x pe. Banyak dah novel aku layan so kalau dengar ada nak buat drama adaptasi novel memang aku akan excited..hehe.. Setakat drama yang aku layan daripada novel ni x semua ikut sebijik2 macam dalam novel. Kadang2 novel yang best terus jadi x best lepas buat drama. Antaranya Bicara Hati memang aku x puas hati langsung drama dia padahal novel memang sweet sangat.


Drama yang tengah hot sekarang dekat Astro Mustika cerita Adam Hawa. Novel ni aku baca memang x boring langsung even dah setahun aku baca novel ni tapi still ingat lagi gak jalan cerita dia. Drama dia pun boleh tahan setakat aku tengok sekarang. Yang bestnya ikut sebijik macam dalam novel walaupun ada la ubah sikit je tapi x lari daripada cerita asal. Pelakon watak Adam Mukhriz hero dia Aaron Aziz yang heroin pulak Nadiya Nissa pegang watak Ain Hawani. Bagi yang x pernah dengar pasal novel ni, aku nak tulis sikit sinopsis daripada novel ni la..




Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.


Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.


Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 


Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Dah baca sinopsis?? Mesti rasa nak tau apa yang akan jadi pada kesudahnnya. Kita tunggu ja drama Adam Hawa tamat sampai episod 80. Kalau rasa tak nak tunggu lama sangat, beli je novel dia terus. Bila x puas lagi boleh baca banyak kali..hihihi..

0 comments: