BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Monday, December 7, 2015

Drama Adaptasi Novel Kau Aku Kita

Kebelakangan ni aku susah sikit nak tido sebab teringatkan drama favourite aku yang nak habis dah minggu ni. Tengok lagu blog pun ost drama ni tau. Cewahh...nampak sangat kegedikan tu padahal bukan sedih sebab drama nak habis pun sebetulnya sebab tak boleh tengok dah pelakon lelaki kacak aku tu berlakon..hahaha..

Ok sebut pasal drama favourite aku tu yang ramai dah tahu pun tengah hot tayang kt tv3 sekarang ni tajuk dia Kau Aku Kita. Pelakon dia memang se'hot' drama gak la kot agaknya dah aku sememangnya minat hero pun. Heroin pun boleh tahan comel cantik gitu so padan sweet lagi la nampak diorang ni bergandingan sekali. Pelakon utama lelaki aku suka tu Syarul Ridzwan dan heroin pulak Janna Nick. Memang sesuai betul watak dengan gaya lakonan diorang ni buat aku satu family tergelak je tengok drama ni. Tapi malangnya drama ni pun tinggal 2 episod je nak tamat so means minggu ini minggu akhir la bersiaran bermakna minggu depan tak dapat tengok Syarul Ridzwan dah...huwaaaa... T_T. 

Drama ni aku rasa nak bagi full 10 bintang sebabnya susah nak jumpa kecacatan dan kekurangan dalam drama ni la. Kira ikutkan setakat ni la memang pelakon betul2 sesuai dengan watak lakonan dalam novel ni. Aku dah baca novel ni pun so aku boleh bayangkan dah perwatakan dalam novel dengan pelakon tu sendiri memang hampir 100% sama la. Seriusly memang aku suka betul drama ni even berapa kali ulangan pun aku sanggup tengok. Ikutkan tak puas hati la cuma ada 13 episod je tapi citer best memang sikit ja episod kebiasaanya la. Lagipun novel Kau Aku Kita nipis je patut la episod pun tak banyak sangat. Drama ni lagi menarik hati nak tengok, unik daripada adaptasi novel lain disebabkan nama watak hero dengan heroin ni sama iaitu Iman Firdaus. 

hasil edit aku 
Ok dah baca intro aku  pasal novel ni jadi baca plak sinopsis ringkasan novel. Sinopsis ni pun yang tulis kat kulit belakang novel tu je..

"Kau silap, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu aku, bukan kau. Ke kau pun nama Iman Firdaus juga?


Itulah permulaan dua Iman Firdaus. Seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke hidup bersama? Tapi itulah yang terjadi. Iman Firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tidak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah, rumah dia tak ada TV untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak Iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup "berkahwin" sama dengan lima adik lelakinya Iman Adrian, Iman Fazril, Iman Haris, Iman Razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah dua Iman Firdau, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. Sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy Aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akan kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. Macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. Tapi janganlah kau melebih goda aku pulak."

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdau ni, agaknya bolehkah hidup bersama?

p/s : aku suka tengok janna nick ni dan harap sangat nanti dia terbuka hati untuk berhijab...InsyaAllah...

0 comments: