BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Monday, December 7, 2015

Drama Adaptasi Novel Kau Aku Kita

Kebelakangan ni aku susah sikit nak tido sebab teringatkan drama favourite aku yang nak habis dah minggu ni. Tengok lagu blog pun ost drama ni tau. Cewahh...nampak sangat kegedikan tu padahal bukan sedih sebab drama nak habis pun sebetulnya sebab tak boleh tengok dah pelakon lelaki kacak aku tu berlakon..hahaha..

Ok sebut pasal drama favourite aku tu yang ramai dah tahu pun tengah hot tayang kt tv3 sekarang ni tajuk dia Kau Aku Kita. Pelakon dia memang se'hot' drama gak la kot agaknya dah aku sememangnya minat hero pun. Heroin pun boleh tahan comel cantik gitu so padan sweet lagi la nampak diorang ni bergandingan sekali. Pelakon utama lelaki aku suka tu Syarul Ridzwan dan heroin pulak Janna Nick. Memang sesuai betul watak dengan gaya lakonan diorang ni buat aku satu family tergelak je tengok drama ni. Tapi malangnya drama ni pun tinggal 2 episod je nak tamat so means minggu ini minggu akhir la bersiaran bermakna minggu depan tak dapat tengok Syarul Ridzwan dah...huwaaaa... T_T. 

Drama ni aku rasa nak bagi full 10 bintang sebabnya susah nak jumpa kecacatan dan kekurangan dalam drama ni la. Kira ikutkan setakat ni la memang pelakon betul2 sesuai dengan watak lakonan dalam novel ni. Aku dah baca novel ni pun so aku boleh bayangkan dah perwatakan dalam novel dengan pelakon tu sendiri memang hampir 100% sama la. Seriusly memang aku suka betul drama ni even berapa kali ulangan pun aku sanggup tengok. Ikutkan tak puas hati la cuma ada 13 episod je tapi citer best memang sikit ja episod kebiasaanya la. Lagipun novel Kau Aku Kita nipis je patut la episod pun tak banyak sangat. Drama ni lagi menarik hati nak tengok, unik daripada adaptasi novel lain disebabkan nama watak hero dengan heroin ni sama iaitu Iman Firdaus. 

hasil edit aku 
Ok dah baca intro aku  pasal novel ni jadi baca plak sinopsis ringkasan novel. Sinopsis ni pun yang tulis kat kulit belakang novel tu je..

"Kau silap, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu aku, bukan kau. Ke kau pun nama Iman Firdaus juga?


Itulah permulaan dua Iman Firdaus. Seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke hidup bersama? Tapi itulah yang terjadi. Iman Firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tidak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah, rumah dia tak ada TV untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak Iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup "berkahwin" sama dengan lima adik lelakinya Iman Adrian, Iman Fazril, Iman Haris, Iman Razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah dua Iman Firdau, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. Sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy Aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akan kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. Macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. Tapi janganlah kau melebih goda aku pulak."

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdau ni, agaknya bolehkah hidup bersama?

p/s : aku suka tengok janna nick ni dan harap sangat nanti dia terbuka hati untuk berhijab...InsyaAllah...

Saturday, November 21, 2015

Rindu Sekolah Rendah

Tengah bulan November ni tamat sudah sesi persekolahan untuk tahun 2015. So macam biasa la mesti ada peperiksaan akhir tahun. Lepas ada peperiksaan mesti la ada keputusannya dan semestinya ibu bapa akan hadir untuk sesi tandatangan rekod kemajuan murid tu. Adik aku la salah seorang murid yang mak abah aku nak kena datang sekolah 'sign' untuk dia. Aku ni pula memandangkan jadi penganggur yang tak kehormat asyik 24 jam melepak dekat rumah je memang bosan la. Jadi, aku pun excited la nak ikut mak abah aku pergi sekolah adik aku tu memandangkan sekolah itu pun aku pernah belajar gak dulu walaupun cuma setahun ja first batch lagi tahun 6 masa itu. Kalau aku tak ikut kena la jaga sorang2 anak saudara aku yang dalam 5 bulan tu lagi la rasa malas. Bila aku ikut pun memang kena jaga dukung juga si ketot tu aka anak saudara aku tu. Dah la makin gemuk si ketot tu penat dukung boleh patah lama2 tulang belakang aku ni yang dah sedia bengkok tu. Nanti aku tunjuk gambar ketot tu ye. 

Sampai je sekolah sambil dukung ketot tu terus adik aku ambil dia nak pergi tayang la dekat kawan sekolah dia yang lain. Siap tunggu depan pagar sekolah lagi tu memang semangat sungguh. Aku teman la mak aku pergi kelas nak sign record card tu . Punya tunggu lama sangat baru nak sampai turn mak aku so aku jalan2 dulu la area sekolah teringat pula zaman budak hingusan dulu darjah 6 tu. Banyak juga perubahan kat sekolah ni maklumlah dah lebih 10 tahun pun memang dah makin canggih la. Bila dah jalan2 kat sekolah tu sambil bergambar la kita ye bukan selalu nak datang pun even dekat je dengan rumah. 

macam mak dengan anak je
muka nak tido tapi
 nak bergambar gak 
my mum 


adik bongsu sebelah kanan
dengan kawan baik dia Dina



ala mija manja gitu