BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Tuesday, January 19, 2016

SAMARINDA - Aku Pilih Kamu

Semalam dah tamat drama yang paling menarik hati aku untuk tengok dari awal episod sampai la akhir. Episod pun tak banyak juz 15 episod je. Asal cerita best je mesti kejap je. Sebenarnya jarang aku nak minat sangat drama yang bukan adaptasi novel ni tambah pulak pelakon pun tak popular sangat tapi tertarik nak tengok time iklan lagi.  Hero drama ni pulak still pelakon baru tapi aku kenal dia dalam drama Baby Ana Milik Siapa yang pegang watak Edry tu kalau tak salah. Masa aku tengok drama tu pun dah jatuh hati coz hensem sangat cute gitu..hahhahaa... Walaupun dia pelakon baru sekalipun tapi menjadi lakonan dia tak nampak kayu langsung. Aku lagi minat dia bila dia ada berlakon dalam drama novel Kau Aku Kita entry aku yang sebelum ni. 

Actually Hafidz Roshdi ni hero malaya ke 4 aku minat. Asal aku minat ja memang aku akan post pasal drama diorang tapi yang best je la. First, Aaron Aziz (Adam & Hawa), Fattah Amin (x de best drama lagi setakat ni), lepas tu Syarul Ridzwan (Kau Aku Kita) and the last one si kecik sado ni...hahahha...
                                                                                       
Ish dah merapu sampai ke pelakon la pulak. Ni aku nak cerita pasal drama je pun. Back to the point, drama ni memang lain daripada yang lain. Good job untuk semua team Aku Pilih Kamu. Dengar kata yang drama ni ilham daripada kisah sebenar. Nak tahu lebih lanjut kena direct tanya penulis skrip dia la ye. Kalau tak salah tajuk asal drama ni Demi Allah Aku Pilih Kamu tapi disebabkan macam panjang sangat pulak tajuk dia so dipendekkan jadi Aku Pilih Kamu. Tajuk drama tu point kedua yang penting jalan cerita drama ni banyak pengajaran yang boleh ambil la. Lagi satu yang aku respect drama ni pun sebab tak de babak bersentuhan ni walaupun watak suami isteri sekalipun. Itu yang aku perasan la tapi maybe ada yang aku terlepas pandang la kan. 

Kita selalu tengok dalam drama asal heroin je kena buli lembut semacam tapi dalam drama ni Qasya jenis melawan walaupun dengan mak angkat dia sekalipun. Itu yang lagi menarik aku nak tengok drama ni. Buat penonton ni rasa puas hati bila tengok kalau tidak kita pun rasa geram tiap kali heroin kena buli. Yang Rizman pulak watak ego, panas baran asal nampak Qasya je dia naik menyampah dah. Bila tengok sendiri drama ni ekspresi muka Rizman ni rasa macam nak bagi penumbuk je dekat dia..hahhaha...

Lepas diorang kena paksa kahwin walaupun time tu Qasya tengah bercinta dengan Adam pun still keadaan jadi tegang. Masing2 tak berminat tapi Qasya still jalankan tanggungjawab dia sebagai isteri Rizman dan maid 'part time' sebab mama angkat dia tu pemalas sikit. Lama-kelamaan Rizman pun jadi lembut hati la bila Qasya tak pernah putus asa nak ambil hati Rizman. Part yang sedih tu bila Rizman kena paksa kahwin pulak dengan Isabel coz ditangkap khalwat atas rancangan mama dia sendiri. Sakit hati terus aku tengok Isabel dengan muka berlagak dia. Menjadi betul watak antagonis dia tu sampai aku pun jadi menyampah. Sapa tak sedih bila dimadukan kesian dekat si Qasya tu. 


Bila aku tengok ending drama ni semalam jadi suspens pulak. Qasya kena buat pilihan antara dua beradik tu sama ada abang Adam yang sentiasa sokong dia dengan Rizman suami yang ego tu. But the end, of coz la Qasya akan pilih Rizman dah hero katakan. Tapi kalau dia pilih Adam sekalipun ok gak cuma tak gempak la kan. Tapi serius masa aku tengok Qasya nak buat pilihan tu mati2 ingat Qasya nak pilih Adam. Adoi pandai betul diorang buat jalan cerita ni kasi suspens but sweet gitu. 

Apa2 pun pelakon sesuai dengan watak. Pelakon lain pun memang terbaik jugak watak diorang. Contohnya, Fazren Rafi (Adam), Ryzal Jaafar (Farouk), Elizad Sharifuddin (Nadiya), Sasqia Dahuri (Isabel). 

hafidz roshdi - RIZMAN 



dayana roza - QASYA AZARA
Sinopsis Drama


Hidup Qasya Azara berubah dalam sekelip mata selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Ayahnya, Zainal seorang pengusaha eksport import jarang berada di rumah kerana urusan perniagaan di luar negara. Qasya yang baru berumur 12 tahun terpaksa berpisah dengan kakaknya kerana Zainal tidak mampu menjaga kedua-duanya. Kakak Qasya telah dihantar ke kampung untuk dijaga oleh nenek mereka.



Selepas Zainal berkahwin semula, Qasya tinggal bersama ibu tiri dan adik tirinya yang selalu menderanya sehingga dia dihalau dari rumah oleh ibu tirinya. Qasya membuat keputusan untuk tidak balik ke rumahnya lagi.

Dia kemudian dijadikan anak angkat oleh Dato’ Mizal dan Datin Rosnaida. Walaupun dikasihi oleh Dato’ Mizal serta anak pertama mereka Adam, Qasya membesar dengan penuh kebencian daripada ibu angkatnya serta dua lagi abang angkatnya iaitu Farouk dan Rizman. Penghinaan, cercaan dan kekasaran daripada Datin Rosnaida, Farouk dan Rizman terhadap Qasya hampir berlaku setiap hari.

Namun kesakitan yang dirasai terubat dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Adam dan ayah angkatnya, yang mana perkara itu tidak ada di rumah ayah kandungnya. Layanan-layanan itu dihadapi oleh Qasya sehinggalah mereka meningkat dewasa.

Dato’ Mizal mengarahkan Qasya dan Rizman menikah dengan alasan supaya Qasya mampu merubah Rizman. Dengan modal harta dan jaminan untuk melepaskan Rizman yang ditangkap kerana dadah, keputusan Dato’ Mizal dituruti oleh ahli keluarganya. Dalam hati Qasya tetap berkata, itu jodohnya, dengan nama Allah dia berjanji suami yang membencinya itu akan tetap menjadi pilihannya.

Perkahwinan itu membuatkan hati Adam terluka. Adam yang sememangnya memasang niat ingin bernikah dengan Qasya sangat kecewa dan membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan merantau mencari kekuatan diri. Rizman tetap tidak dapat menerima Qasya kerana firasatnya Qasya bernikah dengan Rizman supaya dengan mudah dapat menguasai harta Dato’ Mizal.

Perkenalan keluarga Dato’ Mizal dan Tan Sri Zainal membawa kepada pernikahan Farouk dengan Nadiya. Sejak itu, Isabel, anak tiri kepada Tan Sri Zainal mula rapat dengan Datin Rosnaida. Datin Rosnaida sangat sukakan Isabel berbanding Nadiya kerana Isabel mempunyai perangai yang mirip dengannya yang moden dan gilakan wang. Datin Rosnaida yang sememangnya membencikan Qasya mencari jalan untuk memutuskan hubungan Qasya dan Rizman. Dia telah berpakat dengan Isabel untuk memerangkap Rizman.

Qasya sedih melihat pernikahan suaminya dengan wanita lain. Hidup bermadu sangat menyakitkannya, diseksa perasaannya saban hari oleh Rizman dan Isabel. Sebenarnya Qasya maklum yang Tan Sri Zainal ialah ayah kandungnya, tetapi dia mendiamkan perkara itu kerana Tan Sri Zainal tidak pernah mencarinya.

Qasya terima sahaja setiap perlakuan Isabel dan Nadiya walaupun sentiasa menyakitinya kerana dia tahu mereka berdua ialah saudara kandung dan saudara tirinya. Dia tabah menghadapi semua dugaan demi janjinya dengan nama Allah supaya Rizman menjadi suami mithali tercapai. Demi Allah, Rizmanlah pilihan pertama hatinya. Bagaimanakah Qasya mengatasi rintangan dan cabaran yang hadir dalam hidupnya?