BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Monday, March 12, 2012

CuTi2 MalaySi@

Senangnya dalam hati, dapat pergi bercuti. Hehehe… Baru je hari tu terfikir family aku ada nak bawak aku pergi mana2 tak cuti mid sem ni. Rupa2nya diorang ada plan nak pergi bercuti. Aku tahu pun sebab abah aku kol yang aku cuti tak time diorang nak pergi bercuti? Abah aku kata nak pergi penang tapi tak tahu la area mana. Ofis abah aku buat hari keluarga, so destinasi kali ini ke Pulau Pinang. Abah aku nak daftar nama aku sekali kalau boleh join trip ni. So dengan yakinnya aku menjawab ‘kak ngah cuti sem la, so boleh p sekali la penang’.

Sampailah detik perjalanan ke penang. Ada yang pergi dengan bas and ada yang pergi sendiri. Abah buat keputusan pergi dengan kereta sendiri la senang sikit. Nak pergi ronda2 pun senang. 


Hotel yang kami akan menginap taraf 4 bintang tau. Nama hotel tu Copthorne Orchid yang terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Sampai saja kami dekat hotel, terus pergi dinner. Makan malam time tu boleh tahan gak la. Tapi tak la sedap sangat. Maybe chef dekat situ tak tahu masak makanan Melayu kot. Mana nak tahu dah hotel 4 bintang. Chef dia pun mat salleh ke kan. Abis je ‘melantak’ tadi, terus naik bilik la. Bilik kami ni special sikit. Abah aku je diorang bagi 2 buah bilik. Yela dah anak dia semua besar2. Orang lain tak pe la anak kecik2 lagi. Muat je duduk 1 bilik. Bilik kami dok tingkat atas sekali. Tingkat 19. Tu dia bukan main tinggi. Memang buat aku lagi gayat la. Huh..

Peti Keselamatan
Bila masuk bilik, fuh memang taraf 4 bintang betul. Memang hotel orang2 kaya dok ni. Dapat gak aku merasa dok hotel mahal ni. Free plak tu. Hihihi… nak tengok keadaan dalam bilik ni.  Selesa sungguh. Meh aku nak tunjuk kat bawah ni. Siap ada peti keselamatan lagi tau (tengok pic).
                                               Dalam bilik air

   Ruang dapur

      Ruang tamu

      
                               Ruang Tidur


   
                                        Ruang santai

Tengok pemandangan dari balkoni memang cantik.


                                       
                                                     

1 comments:

Haq Im said...

Hahahahha.....thanks for the information